Thursday 28 June 2018

KONVENSYEN TEAM EXCELLENCE 2018 POLITEKNIK SEBERANG PERAI


KONVENSYEN TEAM EXCELLENCE 2018 POLITEKNIK SEBERANG PERAI

Pada 2 Julai 2018 yang lalu, telah berlangsung dengan jayanya Konvensyen Team Excellence 2018 Politeknik Seberang Perai yang bertempat di Bilik Seminar UIDM, Politeknik Seberang Perai. Majlis Perasmian Penutup & Penyampaian Anugerah telah dirasmikan oleh Haji Zulkifli bin Ariffin, Pengarah Politeknik Seberang Perai. 
Konvensyen pada tahun ini telah mendapat sambutan dikalangan Jabatan Akademik Politeknik Seberang Perai dengan penyertaan sebanyak empat kumpulan dan empat  orang pemerhati dari Kolej Komuniti Bandar Darulaman.

Pembentangan projek dalam konvensyen  yang berlangsung selama dua hari ini telah diadili oleh tiga (3) panel juri yang terdiri daripada Encik Rasdi bin Deraman (UiTM Permatang Pauh), Encik Ahmad Zaki bin Omar Zuhdi (Veterinar Pulau Pinang) dan Cik Norhasimah Bt Ibrahim (MPC) selaku Ketua Juri. 

Kumpulan INTELOPE dari Jabatan Kejututeraan Mekanikal telah dipilih sebagai pemenang pertama menerusi projek yang bertajuk ‘COCONUT PUNCHER AND CUTTER DEVICE’. Pemenang kedua dimenangi oleh kumpulan THE +VE dengan projek yang bertajuk PSP GRADUATION APPS. Pemenang ketiga dimenangi oleh kumpulan ‘INJAP’ dengan projek yang bertajuk ‘SS PARK’ serta  pemenang keempat oleh kumpulan ‘AL-ZABIHAH’ dengan tajuk projek ‘KIT SEMBELIHAN’
Hasil dari keputusan juri, maka projek KIT SEMBELIHAN dari kumpulan ‘AL-ZABIHAH’ telah dianugerahkan Projek Terbaik dan kumpulan ‘INJAP’ dianugerahkan Persembahan Terbaik.

Hadiah-Hadiah untuk Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga dah Tempat Keempat adalah berupa sijil dan wang tunai. Manakala hadiah bagi Persembahan Terbaik adalah berupa sijil dan wang  tunai.  Projek KIK Terbaik berjaya membawa pulang Piala Pusingan dan wang tunai beserta sijil. 

Wednesday 21 February 2018

KEM Kumpulan Inovatif dan Kreatif Horizon Baharu Zon Utara 2018



KEM Kumpulan Inovatif dan Kreatif Horizon Baharu Zon Utara 2018 akan diadakan pada 13-15 Mac 2018 di Dewan Seri Mutiara, Politeknik Seberang Perai.

Klik --> BORANG PENCALONAN KIK untuk mendaftar KEM KIK Horizon Baharu Zon Utara 2018.