Thursday 28 June 2018

KONVENSYEN TEAM EXCELLENCE 2018 POLITEKNIK SEBERANG PERAI


KONVENSYEN TEAM EXCELLENCE 2018 POLITEKNIK SEBERANG PERAI

Pada 2 Julai 2018 yang lalu, telah berlangsung dengan jayanya Konvensyen Team Excellence 2018 Politeknik Seberang Perai yang bertempat di Bilik Seminar UIDM, Politeknik Seberang Perai. Majlis Perasmian Penutup & Penyampaian Anugerah telah dirasmikan oleh Haji Zulkifli bin Ariffin, Pengarah Politeknik Seberang Perai. 
Konvensyen pada tahun ini telah mendapat sambutan dikalangan Jabatan Akademik Politeknik Seberang Perai dengan penyertaan sebanyak empat kumpulan dan empat  orang pemerhati dari Kolej Komuniti Bandar Darulaman.

Pembentangan projek dalam konvensyen  yang berlangsung selama dua hari ini telah diadili oleh tiga (3) panel juri yang terdiri daripada Encik Rasdi bin Deraman (UiTM Permatang Pauh), Encik Ahmad Zaki bin Omar Zuhdi (Veterinar Pulau Pinang) dan Cik Norhasimah Bt Ibrahim (MPC) selaku Ketua Juri. 

Kumpulan INTELOPE dari Jabatan Kejututeraan Mekanikal telah dipilih sebagai pemenang pertama menerusi projek yang bertajuk ‘COCONUT PUNCHER AND CUTTER DEVICE’. Pemenang kedua dimenangi oleh kumpulan THE +VE dengan projek yang bertajuk PSP GRADUATION APPS. Pemenang ketiga dimenangi oleh kumpulan ‘INJAP’ dengan projek yang bertajuk ‘SS PARK’ serta  pemenang keempat oleh kumpulan ‘AL-ZABIHAH’ dengan tajuk projek ‘KIT SEMBELIHAN’
Hasil dari keputusan juri, maka projek KIT SEMBELIHAN dari kumpulan ‘AL-ZABIHAH’ telah dianugerahkan Projek Terbaik dan kumpulan ‘INJAP’ dianugerahkan Persembahan Terbaik.

Hadiah-Hadiah untuk Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga dah Tempat Keempat adalah berupa sijil dan wang tunai. Manakala hadiah bagi Persembahan Terbaik adalah berupa sijil dan wang  tunai.  Projek KIK Terbaik berjaya membawa pulang Piala Pusingan dan wang tunai beserta sijil. 

Wednesday 21 February 2018

KEM Kumpulan Inovatif dan Kreatif Horizon Baharu Zon Utara 2018



KEM Kumpulan Inovatif dan Kreatif Horizon Baharu Zon Utara 2018 akan diadakan pada 13-15 Mac 2018 di Dewan Seri Mutiara, Politeknik Seberang Perai.

Klik --> BORANG PENCALONAN KIK untuk mendaftar KEM KIK Horizon Baharu Zon Utara 2018.

Sunday 9 October 2016

TRIZ Competition

TRIZ Competition
 

6 Oktober 2016 -  TRIZ Competition telah diadakan di Dewan Produktiviti MPC Wilayah Utara, Bertam Kepala Batas, Pulau Pinang dan sebanyak 3 kumpulan TRIZ daripada Politeknik Seberang Perai telah menyertainya. 3 Kumpulan tersebut adalah daripada Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK), Jabatan Pengajian Am(JPA) dan Unit Teknologi Maklumat & Komunikasi (UICT). Syabas dan tahniah kepada Kumpulan dari JMSK yang telah memenangi tempat ke-3 dan juga sekalung penghargaan kepada kumpulan dari JPA dan UICT yang telah mendapat saguhati dan berjaya menyertai pertandingan ini dengan amat baik sekali.








Monday 8 February 2016

BENGKEL TEAM EXCELLENCE SIRI 1

BENGKEL TEAM EXCELLENCE  SIRI 1  

5 Februari 2016 – Satu Bengkel Team Excellence Siri 1 telah diadakan di Dewan Seri Mutiara PSP . Bengkel yang berlangsung selama 2 hari ini dihadiri oleh 100 peserta dikalangan staf psp yang akan bertanding pada Konvensyen KIK Politeknik Seberang Perai. Bengkel yang disampaikan oleh Pn. Nur Wahidah binti Hashim ini telah mencapai objektif untuk membolehkan peserta memahami dengan lebih baik mengenai konsep, operasi dan kepentingan  aktiviti KIK. Seterusnya juga bagi mengenalpasti masalah yang perlu diselesaikan dengan cara brainstorming serta mempraktikkan alat-alat QCC dan teknik analisa data dengan tepat dan betul. Bengkel ini juga telah memupuk semangat bekerjasama, berpasukan dan sifat kepimpinan.