Sunday 9 October 2016

TRIZ Competition

TRIZ Competition
 

6 Oktober 2016 -  TRIZ Competition telah diadakan di Dewan Produktiviti MPC Wilayah Utara, Bertam Kepala Batas, Pulau Pinang dan sebanyak 3 kumpulan TRIZ daripada Politeknik Seberang Perai telah menyertainya. 3 Kumpulan tersebut adalah daripada Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK), Jabatan Pengajian Am(JPA) dan Unit Teknologi Maklumat & Komunikasi (UICT). Syabas dan tahniah kepada Kumpulan dari JMSK yang telah memenangi tempat ke-3 dan juga sekalung penghargaan kepada kumpulan dari JPA dan UICT yang telah mendapat saguhati dan berjaya menyertai pertandingan ini dengan amat baik sekali.








Monday 8 February 2016

BENGKEL TEAM EXCELLENCE SIRI 1

BENGKEL TEAM EXCELLENCE  SIRI 1  

5 Februari 2016 – Satu Bengkel Team Excellence Siri 1 telah diadakan di Dewan Seri Mutiara PSP . Bengkel yang berlangsung selama 2 hari ini dihadiri oleh 100 peserta dikalangan staf psp yang akan bertanding pada Konvensyen KIK Politeknik Seberang Perai. Bengkel yang disampaikan oleh Pn. Nur Wahidah binti Hashim ini telah mencapai objektif untuk membolehkan peserta memahami dengan lebih baik mengenai konsep, operasi dan kepentingan  aktiviti KIK. Seterusnya juga bagi mengenalpasti masalah yang perlu diselesaikan dengan cara brainstorming serta mempraktikkan alat-alat QCC dan teknik analisa data dengan tepat dan betul. Bengkel ini juga telah memupuk semangat bekerjasama, berpasukan dan sifat kepimpinan.




Friday 1 January 2016

Visi Misi UKIK PSP

KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF PSP
Visi
Menjadikan Institusi Yang Produktif Dan Kualiti Kelas Dunia
Misi
Menyumbangkan Peningkatan Produktiviti Dan Kualiti Bagi Memenuhi Keperluan Model Ekonomi Baru Malaysia